www.tenderdirect.com.my http://www.TenderDirect.com.my/bm  
  � FAQ  � Isi Kandungan � Hubungi Kami � Bantuan
 
     
  TENDER
   
  PRAKELAYAKAN
     
  CARI
   
  SUMBER
     
  KELUAR
   
     
 
     
CIDB
MOF
PKK
____________

 Providing a more efficient
  and informative service to the industry
 
  Pengguna : 1, 
  20 Apr 2024 anda disini : kontraktor > FAQ

Syarat-Syarat Penggunaan
1.  Pendahuluan & Penerimaan Syarat 11. Sambungan ke Laman Parti Ketiga
2.  Tanggungjawab Terhadap Kandungan & Panduan 12. Kandungan, Penggunaan, Simpanan & Operasi
3. Maklumat Tepat 13. Laman Web TenderDirect
4. Hak Peribadi 14. Jaminan Terhadap Kerugian
5. Keselamatan / Tanpa Gangguan 15. Penafian / Had Tanggungjawab
6. Kandungan yang Mencemar 16. Notis
7. Lesen Kandungan Anda 17. Informasi Tanda Perniagaan
8. Perisian TenderDirect 18. Informasi Hakcipta
9. Urusan dengan Pengiklan 19. Tuntutan Terhadap Langgaran Hakcipta
10. Sambungan Perkhidmatan 20. Syarat Am



1. Pendahuluan & Penerimaan Syarat
TenderDirect menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi dalam talian (online), termasuk kandungan am mahupun peribadi, perkakasan komunikasi dan forum serta aplikasi dalam talian termasuk yang boleh dimuatturunkan (�Perkhidmatan�) berdasarkan syarat-syarat berikut. Melalui penggunaan perkhidmatan ini, anda dianggap bersetuju mematuhi syarat-syarat terkandung. Kami berhak mengemaskinikan syarat-syarat ini tanpa pengumuman terdahulu dan di sini, anda digalakkan supaya sentiasa merujuk kepada laman ini untuk mendapatkan syarat-syarat terbaru. Anda haruslah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan berupaya mengamanatkan kontrak Perkhidmatan ini. Syarat-syarat terkandung merangkumi dan menggantikan segala syarat-syarat lain yang disertakan bersama fail dan aplikasi yang terdapat di laman http://tenderdirect.com.my> dan sub-domainnya, termasuk domain gabungan serta sub-domain yang diuruskan oleh TenderDirect Sdn Bhd (�TenderDirect�, �Kami�, �Kita�)
kembali ke atas


2. Tanggungjawab Terhadap Kandungan & Panduan
Anda bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang anda siarkan atau hantarkan melalui Perkhidmatan ini. Anda dilarang menggunakan Perkhidmatan ini untuk menyebar, berhubung ataupun memperolehi kandungan yang:-

  • Haram dan merbahaya kepada kanak-kanak, mengancam, mengganggu, mencaci, mencemar, memfitnah, lucah, pornografik, mengganas, mencerobohi hak peribadi seseorang dari segi bangsa mahupun etnik;
  • Mengandungi maklumat peribadi tentang kanak-kanak;
  • Melanggar hak intelektual serta hak-hak lain perseorangan;
  • Menggalakkan penglibatan pemasaran bertingkat ataupun system pyramid;
  • Berbentuk cabutan tiket, nombor ekor, loteri ataupun apa-apa kaedah perjudian;
  • Mengiklankan senjata, peluru, tembakau, arak, pornografi mahupun sebarang produk atau perkhidmatan yang dianggap haram di tempat tinggal pengedar mahupun penerima;
  • Berbentuk iklan yang tidak sah ataupun tidak dibenarkan, emel mengarut atau pukal, surat berantai ataupun apa-apa bentuk komunikasi yang berunsur komersial, kecuali dengan kebenaran khusus TenderDirect;
  • Mengandungi virus perisian atau kod komputer, fail mahupun program yang direka dengan tujuan mengganggu, memusnah ataupun menghadkan fungsi-fungsi mana-mana perisian, perkakasan dan alat-alat telekomunikasi.
Anda mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang menentukan kandungan dan cara berkelakuan ketika dalam talian. Anda bersetuju tidak akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk mengumpul, menyimpan mahupun menggunakan maklumat orang lain untuk menghantar komunikasi yang tidak diminta ataupun tidak disahkan. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengagih ataupun mengekploitasikan secara kemoersial mana-mana bahagian Perkhidmatan ini kecuali dengan kebenaran khusus (samada berbentuk lesen ataupun cara lain) TenderDirect Sdn Bhd.
kembali ke atas


3. Maklumat Tepat
Anda bersetuju untuk mengisikan maklumat yang tepat dan terkini dalam borang-borang Pendaftaran Perkhidmatan ini. Anda tidak akan menyamar ataupun memberi gambaran palsu tentang hubungan anda dari segi perseorangan mahupun syarikat ataupun memberi maklumat yang palsu tentang punca kandungan yang disebarkan melalui Perkhidmatan ini.
kembali ke atas


4. Hak Persendirian
Kami menghargai hak persendirian anda. Sila rujuk kepada polisi lengkap hak persendirian TenderDirect. Apabila anda berurusniaga dengan atau mernberi maklumat kepada syarikat-syarikat lain yang membekalkan kandungan kepada Perkhidmatan ini, anda akan tertakluk kepada polisi hak persendirian mereka.
kembali ke atas


5. Keselamatan / Tanpa Gangguan
Anda bertanggungjawab ke atas segala urusan yang berlaku di bawah kata laluan mahupun dalam akaun anda dan anda bersetuju untuk merahsiakan kata laluan anda. Anda mesti memaklumkan kami sekiranya kata laluan atau akaun anda dipergunakan tanpa kebenaran anda, ataupun ciri keselamatan anda dicerobohi. Anda tidak akan mengganggu proses Perkhidmatan ini, meggunakan kata laluan pelanggan lain ataupun bertindak untuk mengganggu pelanggan-pelanggan lain. Anda tidak boleh memapar atau mengedarkan sebarang program komputer yang boleh merosakkan, mengganggu, menghalang ataupun memperolehi - secara haram - sistem, data ataupun maklumat sulit dan persendirian.
kembali ke atas


6. Kandungan Terlarang
Pendapat serta pandangan yang dinyatakan oleh pelanggan Perkhidmatan ini atau pembekal kandungan laman ini tidak semestinya membayangkan pendapat TenderDirect. Anda tidak berhak membuat sebarang tuntutan terhadap TenderDirect sekiranya anda terdedah kepada bahan-bahan yang lucah, tercemar ataupun kurang sopan melalui Perkhidmatan ini.
kembali ke atas


7. Lesen Kandungan Anda
Sekiranya anda memaparkan kandungan secara umum, adalah dianggap bahawa anda secara langsung membenarkan kami menyiarkan kandungan ini ke serata dunia, buat selamanya, tanpa bayaran royalti. Kebenaran ini tidak boleh dituntut balik dan dianggap sebagai lesen tidak ekslusif yang membenarkan kami menyalin, menukar, meminda, merangka, menjenamakan dan menyiarkan kandungan ini dalam sebarang jenis media yang kini wujud mahupun yang bakal direka, termasuk hak untuk menyiarkan kandungan ini kepada orang awam melalui Simpanan Maklumat TenderDirect. Jika anda menyerahkan ringkasan fail ataupun bahan-bahan lain kepada TenderDirect, dianggap bahawa anda melesenkan kami untuk memapar, mengedar, merangka dan menyambung kepada kandungan tersebut. Anda dianggap memberi jaminan bahawa anda berhak menperkuasakan pengedaran kandungan tersebut dan berupaya membuktikan hak ini sekiranya terdapat tuntutan bahawa kandungan anda melanggar hak parti ketiga.
kembali ke atas


8. Perisian TenderDirect
Perkhidmatan ini termasuk setiap perisian yang terkandung di dalamnya atau dimuatturunkan kepada anda (�Perisian�) mengandungi maklumat sulit dan harta hakmilik yang dilindungi oleh undang-undang harta intelektual dan undang-undang lain. Anda tidak dibenarkan meminda, menjual atau mengagih mana-mana bahagian mahupun keseluruhan modul yang berasal dari Perkhidmatan ataupun perisian ini, kecuali dengan kebenaran khusus TenderDirect atau pemilik maklumatnya.

Kami memberikan anda lesen peribadi, yang tidak boleh dipindahmilik dan tidak eksklusif untuk penggunaan tunggal versi kod objek perisian ini dalam komputer, dengan syarat bahawa anda tidak akan (dan tidak akan membenarkan parti ketiga untuk) menyalin, meminda, mengalih kejuruteraan, menyerah ataupun memindahkan sebarang hakmilik perisian ini; dan anda tidak akan meminda perisian ini atau menggunakan Perkhidmatan ini kecuali dengan cara yang telah ditetapkan oleh TenderDirect.

Kecuali dinyatakan secara khusus di dalam suatu perjanjian lesen, pelanggan berdaftar, klien dan rakan kongsi hanya akan menerima bantuan dan sokongan yang tersedia ada dalam sistem ini.

kembali ke atas


9. Urusan dengan Pengiklan
Segolongan syarikat yang membekalkan kandungan kepada Perkhidmatan ini mungkin menawarkan perkhidmatan dan barang-barang jualan mereka kepada anda. Sekiranya, anda berurusniaga dan membuat urusan perjanjian perniagaan dengan pengiklan ataupun pembekal kandungan tersebut, anda dianggap berbuat demikian di atas risiko sendiri. Walaupun tanda perniagaan TenderDirect dipaparkan di setiap halaman Perkhidmatan ini, tanda perniagaan ini hanya bertindak sebagai pemberitahuan bahawa anda masih berada dalam Sistem Tender, kami tidak terlibat dalam dan tiada kaitan dengan sebarang urusniaga tersebut di atas dan kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan atau kerosakan yang mungkin timbul melalui urusniaga ini.
kembali ke atas


10. Sambungan kepada Perkhidmatan
Jika anda ingin menyambungkan laman web anda kepada TenderDirect, sila kunjungi halaman Program Gabungan TenderDirect. Anda akan diberi lesen terhad yang tidak eksklusif untuk mencipta sambungan hyperteks kepada Perkhidmatan ini dengan syarat sambungan ini tidak akan memberi gambaran palsu, silap atau berunsur fitnah. Kami berhak menarik balik lesen ini pada bila-bila masa sahaja. Anda tidak dibenarkan merangka mana-mana bahagian Perkhidmatan ini, kandungan ataupun tanda perniagaan TenderDirect.
kembali ke atas


11. Sambungan Kepada Laman Parti Ketiga
Kami ataupun pembekal kandungan parti ketiga kami mungkin membuat sambungan kepada laman-laman lain yang samada yang terdapat di laman web seluruh dunia ataupun sumber-sumber lain. Kami tiada kawalan ke atas ataupun mengesahkan laman-laman dan sumber-sumber ini. Kami juga tidak bertanggungjawab atas keupayaan ataupun perkhidmatan mereka.
kembali ke atas


12. Kandungan, Penggunaan, Simpanan dan Operasi
Kami berhak menyunting, memindah ataupun memadamkan kandungan Perkhidmatan ini (termasuk kandungan atau komunikasi yang anda bekalkan) untuk apa-apa sebab dan juga berhak untuk mengekal dan memberikan kandungan atau maklumat pengguna sekiranya diwajibkan oleh undang-undang ataupun atas kepercayaan bahawa kami perlu bertindak demikian untuk : (a) mematuhi proses perundangan; (b) menguatkuasakan syarat-syarat terkandung; (c) membalas kepada tuntutan bahawa kandungan ini melanggar hak parti ketiga; (d) melindungi hak, harta ataupun keselamatan peribadi TenderDirect, atau orang awam; ataupun (e) mentadbirkan Perkhidmatan ini.

Secara keseluruhannya, kami tidak menapis, mengawal ataupun menyunting kandungan yang dibekalkan oleh parti ketiga. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan ataupun penangguhan untuk menyunting kandungan tersebut jika didapati bahawa kandungan tersebut mengandungi unsur-unsur merbahaya, salah, haram ataupun mencemarkan.

Kami berhak menghadkan penggunaan ciri-ciri Perkhidmatan ini, termasuk tempoh masa simpanan emel dan kandungan pengguna lain, jumlah mesej yang diterima dari ataupun dihantar kepada akaun pengguna, saiz mesej dan jumlah muatan simpanan akaun pengguna. Kami tidak bertanggungjawab ke atas pemadaman atau kehilangan mesej, lain-lain bentuk komunikasi mahupun kandungan lain yang disiarkan oleh Perkhidmatan ini.

Kami berhak mengubah atau menamatkan Perkhidmatan ini atau mana-mana bahagian Perkhidmatan ini tanpa pemberitahuan terdahulu. Kami juga berhak mengubah atau menamatkan kata laluan serta akaun anda dan penggunaan keseluruhan ataupun mana-mana bahagian Perkhidmatan ini dan kami juga berhak memadamkan apa-apa kandungan dalam Perkhidmatan ini tanpa pemberitahuan terdahulu, atas apa-apa alasan termasuk kekurangan penggunaan atau pelanggaran syarat-syrat terkandung.

kembali ke atas


13. Laman Web TenderDirect
Jika anda menggunakan Perkhidmatan laman web TenderDirect ataupun menyiarkan kandungan melalui Perkhidmatan ini, anda tidak dibenarkan :

  • Mencipta halaman berunsur akses terhad atau memerlukan kata laluan ataupun mencipta halaman atau imej (yang tidak disambung kepada/dari halaman lain) yang tersembunyi;
  • Menggunakan ruang simpanan anda untuk muat-turun terpencil ataupun pengarahan semula ke atau sebagai halaman pembayang untuk laman web lain, samada di dalam ataupun terasing dari laman web TenderDirect;
  • Menawarkan program ataupun sambungan kepada program cetak rompak, maklumat yang boleh digunakan untuk memintas alat-alat cegah-salin yang dipasang oleh pengeluar termasuk nombor bersiri atau berdaftar untuk perisian atau program pemecah kod termasuk fail yang penggunaannya terhad kepada permainan perisian;
  • Memaparkan mana-mana penaja komersial atau lambang iklan yang tidak ditaja oleh TenderDirect.

Sekiranya anda memperolehi maklumat melalui laman web TenderDirect ataupun laman web yang dihoskan oleh TenderDirect, anda mesti mematuhi syarat-syarat dan polisi persulitan TenderDirect, yang akan menjelaskan tujuan untuk pengumpulan maklumat dan cara-cara penggunaannya, membenarkan pengguna-pengguna menyunting, membuat pindaan ke atas maklumat peribadi serta memilih untuk tidak berkongsi maklumat tersebut dengan parti ketiga.

kembali ke atas


14. Jaminan Terhadap Kerugian
Anda mesti memberi jaminan gantirugi kepada TenderDirect, syarikat subsidiari, syarikat gabungan, ejen-ejen serta pekerja-pekerjanya atas sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk yuran peguam yang berpatutan, yang berpunca dari kandungan yang disebarkan oleh anda melalui Perkhidmatan ini atau cara anda menggunakan Perkhidmatan ini ataupun kelakuan anda semasa dalam Perkhidmatan ini.
kembali ke atas


15. Penafian / Had Tanggungjawab
WALAUPUN KAMI TELAH MENCUBA DENGAN SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBEKALKAN MAKLUMAT YANG PALING TEPAT DAN TERKINI KE DALAM PERKHIDMATAN INI, KAMI TIDAK MENJAMIN KETEPATAN, KUALITI, KETEPATAN MASA, KESEDIAAN ATAUPUN KELENGKAPAN MAKLUMAT, PERISIAN, PRODUK ATAUPUN BAHAN-BAHAN LAIN YANG BOLEH DIDAPATI MELALUI PERKHIDMATAN INI DAN ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA MAKLUMAT TERSEBUT. KAMI MEMBERI PERKHIDMATAN INI ATAS DASAR �APA YANG TERSEDIA ADA�. ANDA DIANGGAP MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI ATAS RISIKO SENDIRI DAN TenderDirect, PEKERJA-PEKERJA, PENGEDAR, PENGARAH-PENGARAH SERTA EJEN-EJENNYA TIDAK BERTANGGGUNGJAWAB ATAS KESILAPAN, KECICIRAN ATAU PENGHANTARAN KANDUNGAN, APA-APA BENTUK KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN (TERMASUK KEROSAKAN YANG BERLAKU SECARA LANGSUNG, TIDAK SENGAJA, KHAS ATAUPUN SEBAGAI CONTOH, WALAUPUN DIKETAHUI TERDAHULU OLEH TenderDirect) YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI. KAMI MENAFIKAN SEGALA JAMINAN, TERMASUK JAMINAN KE ATAS PERDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SESUATU PENGGUNAAN TERTENTU ATAUPUN JAMINAN TIDAK MELANGGAR HAK. JAMINAN YANG TIDAK TERNYATA DALAM PERJANJIAN INI DIANGGAP TIDAK SAH. SEKIRANYA MANA-MANA PERUNTUKAN TERSEBUT DI ATAS DIDAPATI TIDAK SAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG YANG KINI BERKUATKUASA, TANGGUNGJAWAB KAMI HANYALAH SETAKAT APA YANG TELAH DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG.
kembali ke atas


16. Notis
Notis yang dipaparkan pada Perkhidmatan ini atau sebarang pindaan ke atas Perjanjian ini akan dibuat melalui emel, faks atau pos.
kembali ke atas


17. Informasi Hakcipta
Tanda perniagaan TenderDirect menggambarkan identiti produk dan perkhidmatan kami. Anda boleh menggunakan tanda perniagaan kami galam bahan-bahan pengiklanan dan promosi, dan juga sebagai rujukan kepada produk dan perkhidmatan kami (contohnya artikel-artikel majalan) tanpa kebenaran kami dengan syarat anda berbuat demikian mengikut piawaian tanda perniagaan dan memberi pengakuan yang berpatutan. Untuk penggunaan selain daripada yang ternyata di atas, anda perlu memperolehi kebenaran kami melalui emel yang ditujukan kepada [email protected].

Anda tidak boleh menggunakan tanda perniagaan TenderDirect untuk tujuan berikut:

  • Menamakan sesuatu produk ataupun tajuk penerbitan yang bukan milik atau terbitan TenderDirect;
  • Sebagai tanda perniagaan anda sendiri mahupun di dalam atau membentuk sebahagian dari tanda perniagaan anda;
  • Menggambarkan identiti produk atau perkhidmatan yang bukan milik TenderDirect;
  • Menyebabkan kekeliruan;
  • Mencadangkan secara tidak tepat bahawa kami menyokong, mengesahkan ataupun dalam apa-apa cara pun terlibat dengan aktiviti, produk atau perkhidmatan anda;
  • Menghina nama baik TenderDirect;
  • Melakukan tindakan yang dianggap salah oleh TenderDirect atau pelanggan-pelanggannya.

Bila anda menggunakan tanda perniagaan TenderDirect, sila sertakan pengakuan berikut:

�TenderDirect Sdn Bhd adalah pemilik tanda perniagaan berdaftar TenderDirect serta logo-logo TenderDirect, di Malaysia dan negara-negara lain�.

Selain daripada apa yang ternyata di atas, anda juga tidak dibenarkan untuk mengguna, manyalin ataupun mengedar semula logo-logo TenderDirect tanpa kebenaran bertulis ataupun eletronik daripada TenderDirect. Sekiranya anda tiada perjanjian dengan TenderDirect sebelum ini, anda boleh membuat permohonan penggunaan logo daripada TenderDirect, tetapi, kebenaran ini tidak sering diberikan. Semua permohonan boleh ditujukan kepada [email protected] dengan tajuk perkara �Permohonan Penggunaan Logo TenderDirect�. Sila sertakan diskripsi syarikat anda, jenis logo yang ingin digunakan, tujuan dan cara penggunaan logo serta contoh yang menunjukkan penggunaan logo.

kembali ke atas


18. Maklumat Hakcipta
Kami adalah pemilik hakcipta intelektual segala kandungan di dalam Perkhidmatan ini termasuk rekacipta, struktur dan penggunaannya (kadangkala dikenali sebagai �lihat dan hayati�). Menyalin bahan-bahan dalam ruangcyber memang mudah, tetapi tidak semestinya sentiasa diterima atau disahkan. Anda mesti memilki hak ke atas segala kandungan yang anda muatturun atau muatnaik melalui Perkhidmatan ini.

Kecuali dinyatakan, anda boleh melihat, menyalin, memuatturun dan mencetak dokumen-dokumen TenderDirect melalui Perkhidmatan ini, dengan syarat bahawa dokumen-dokumen ini adalah untuk pengggunaan peribadi anda, tidak bertujuan komersial dan anda tidak akan memapar, mengedar atau meminda dokumen tersebut, ataupun memadamkan mana-mana hakcipta, tanda perniagaan atau hakmilik lain. Untuk menggunakan bahan-bahan parti ketiga yang terdapat dalam Perkhidmatan ini, sila perolehi kebenaran pemilik hakcipta berkenaan.

Jika anda ingin menggunakan sudutskrin laman web yang terdapat dalam semakan TenderDirect samada sebagai ilustrasi mahupun latar belakang anda mesti sertakan penyataan pengakuan hakcipta dan anda tidak boleh menukar rangka semakan, menggunakan versi semakan luput, mencadangkan bahawa TenderDirect mengesahkan kerja anda, ataupun menggunakan rangka semakan dalam cara yang haram. Jika anda ingin menggunakan semakan TenderDirect dalam konteks yang berlainan, sila hantar emel ke [email protected] dengan tajuk perkara �Permohonan Kebenaran TenderDirect� dan sertankan maklumat-maklumat berikut:

  • Kandungan TenderDirect yang anda ingin gunakan termasuk URLnya;
  • Di mana dan bagaimana kandungan tersebut akan digunakan (misalnya dalam buku panduan internet, surat berita ataupun wayang gambar);
  • Tempat, kaedah dan kepada siapa akan anda edarkan salinan-salinan;
  • Jumlah salinan yang akan dihasilkan dan diedarkan;
  • Tarikh penerbitan;
  • Bahan-bahan bukan milik TenderDirect yang akan dikaitkan dengan kadungan TenderDirect;
  • Nama dan jawatan anda, nama syarikat, alamat, emel dan nombor telefon;
  • Satu contoh yang menunjukkan penggunaan kandungan TenderDirect (samada dalam bentuk fail yang dilampirkan bersama emel anda ataupun melalui faks ke 03-40421099).
kembali ke atas


19. Tuntutan Pelanggaran Hakcipta
Sekiranya anda percaya bahawa kerja anda telah ditiru dan boleh didapati melalui Perkhidmatan ini dan merupakan satu pelanggaran hakcipta anda sila hubungi kami di [email protected]
kembali ke atas


20. Syarat Am
Perjanjian ini merupakan perjanjian keseluruhan di antara anda dan TenderDirect dan akan mentadbirkan kaedah penggunaan Perkhidmatan ini. Perjanjian ini menggantikan mana-mana perjanjian yang wujud sebelum ini. Syarat-syarat tambahan mahupun yang berlainan mungkin berkuatkuasa bila anda menggunakan laman web gabungan, kandungan ataupun perisian parti ketiga. Berdasarkan fakta-fakta yang diketahui, TenderDirect akan menafsirkan syarat-syarat Perjanjian untuk memastikan samada anda telah memperabaikan Perjanjian ini. Sistem Perundangan Malaysia menjadi penentu Perjanjian dan perhubungan kita. Anda bersetuju bahawa sebarang tuntutan atau perselisihan dengan TenderDirect atau syarikat subsidiari, syarikat gabungan, pegawai, ejen atau pekerja-pekerjanya akan diadili oleh Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur. Kegagalan kami untuk menguatkuasakan mana-mana hak yang terkandung dalam Perjanjian ini tidak bermakna bahawa kami menarik balik hak ini. Sekiranya terdapat syarat yang dianggap tidak sah, Perjanjian ini harus ditafsirkan untuk melaksanakan niat parti-parti yang terlibat, pada masa yang sama peruntukan lain masih dianggap berkuatkuasa. Anda mesti mengemukakan tuntutan atau aduan yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini dalam tempoh satu tahun selepas ia berlaku. Bahagian tajuk dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak mempunyai kesan penting.
kembali ke atas


Last Modified - 13/10/2003

Syarat Penggunaan | FAQ | Isi Kandungan | Hubungi Kami | Bantuan

Copyright � 2000/2001 TenderDirect Sdn. Bhd./TenderWorks Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Address: 12A13, Level 12A, Plaza Permata, 50400 Kuala Lumpur. Tel: 03-4042 8866 Fax: 03-4621 1099
MDC