www.tenderdirect.com.myEnglish Version
Home   Faq   Isi Kandungan   Hubungi Kami   Bantuan
  Pemilik   Kontraktor   Kerajaan   Korporat   Pemasaran
 
          korporat  
  perihal kami prakata penyelesaian barangan teknologi pekerja pasukan
 
Pasukan Kami

Perniagaan ini diterajui oleh satu badan pengurusan yang berpengalaman dan berkemahiran, khususnya dalam industri pembinaan dan pembangunan. Keteguhan syarikat ini bergantung kepada kemampuannya mengumpul serta mengesan keperluan industri dan  kehendak teknologi serta kecekapan pengurusan kakitangan syarikat. Kemasyhuran badan pengurusan serta potensi perniagaan yang baik  telah berjaya menarik minat ahli-ahli panel lain yang kini berperanan sebagai penasihat syarikat. Penglibatan golongan professional seperti ini merupakan satu penghormatan kerana menambahkan keyakinan TenderDirect terhadap perancangannya. Dalam pada itu , panduan golongan ini amat berguna untuk mencapai matlamat dan objektif syarikat.
 
 
 
    Majlis Penasihat      Badan Pengurus   
    � Dato' Dr. Bernard Wang     � Dato' Othman - Pengerusi  
    � Ir. Rocky Wong     � Larry Law - CEO   
    � Hj. Subhi Sayuti     � Nabil Kannan - CIO  
    � Mr. C.C. Wong     � Manimohan M - CTO  
    � Dr. Hj. Mohammed Thalha      � Yee Chee Ho - CFO  
    � Haji Aminar Rashid Salleh      

 

Dato' Dr. Bernard Wang - PJN, JMN, KMN
BA (Econ.), Ph.D (Bldg.), FCIOB, FSCA, FIArbA., FIMC.

Datuk Dr. Bernard Wang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman, iaitu sebagai pemaju dan penasihat pengurusan dalam industri pembinaan dan pembangunan.

Pada tahun 1989, Institut Pembinaan di United Kingdom telah menganugerahkan Datuk Dr. Wang  Keahlian Hayat Kemuliaan, satu anugerah berprestij yang diberikan hanya kepada tokoh-tokoh terkemuka di dalam industri pembinaan pembangunan dari seluruh dunia. Dalam pada itu, Pertubuhan Teraju Pemaju Malaysia telah mengurniakan 'Pemaju Kehormat' kepada beliau  pada Mei 2000.

Datuk Dr. Wang telah banyak menerbit dan membentangkan kertas kerja di seluruh dunia. Pada hari ini, beliau merupakan Pengerusi kepada Institut Pemaju Malaysia dan Pertubuhan Pemaju Kehormat Malaysia, Bekas Pengerusi Majlis Keahlian di Institut Penasihat Pengurusan Malaysia serta Ahli kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Beliau turut dianugerahkan kehormat KMN, JPN dan PJN secara berturut-turut oleh Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada tahun 1971, 1992 dan 2000.

Kembali ke atas


Ir. Rocky Wong

Ir. Rocky Wong mula berkecimpung dalam Industri Elektrikal sejak 35 tahun dahulu sebagai seorang jurutera perolehan projek.  Beliau merupakan Pengerusi kepada Badan-Badan Kesatuan Professional seperti ACEM, FACE dan ASPEC. Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Eksekutif di FIDIC ( 1992-1996). Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah Utusan di JS Mahir Sdn Bhd, Penasihat Teknikal kepada Badan Penasihat TEEAM mewakili SIRIM.  Baru-baru ini, beliau telah mewakili FIDIC untuk Lembaga Bank Pembangunan Asean bagi memerangi isu rasuah.

Kembali ke atas


Hj. Subhi Sayuti

Hj. Subhi Sayuti telah melibatkan diri dalam Industri Telekomunikasi selama 40 tahun. Sebagai Ketua Pegawai Operasi di Telekom Malaysia Berhad, beliau telah berjaya membina dan menjayakan operasi CASS ( Sistem Perkhidmatan Pelanggan Automatik), satu perisian yang telahpun diberikan kepada kerajaan Thailand dan Hong Kong. Beliau juga terlibat dalam pelbagai pengurusan tender � tender penting untuk Telekom Malaysia Berhad.

Kembali ke atas


Mr. C.C. Wong

C.C. Wong ialah perintis Asia yang membawa masuk perniagaan minyak dan gas di Singapura daripada London dan New York. Selain di benua Asia, beliau turut mengendalikan Sistem Penghantaran minyak, bahan api dan Petroleum ke negara-negara luar seperti Sudan, Papua New Guinea, Australia dan Turki/Iran. Beliau juga mempunyai hubungniaga yang baik dengan kerajaan Cina sekaligus berperanan dalam menentukan pelaburan Asia di sana.

Kembali ke atas


Dr. Hj. Mohammed Thalha

Dr Hj Mohammed Thalha merupakan perintis industri yang menonjol dan dihormati. Beliau merupakan seorang penggiat cergas akademik dalam bidang Perancangan Bandar dan Pendidikan selama 30 tahun. Berkelulusan Ph.D dalam Perancangan Kawasan Bandar dari Universiti Wisconsin,  beliau cenderung dalam menyumbangkan kemajuan yang positif ke atas pendidikan dan tumbesaran profesional industri negara.

Sejak tahun 1995 lagi, beliau merupakan anggota penasihat di dalam Pasukan Pembelajaran ISIS (Pendidikan Teknikal dan Vokasional) oleh Kementerian Pendidikan dari sudut Pembelajaran Kemajuan Politeknik. Sistem ini adalah role model dalam membantu  kemajuan rasional dalam pembelajaran Politeknik di Malaysia.

Dr. Hj. Mohammed Thalha merupakan Pengarah Eksekutif di Institut Teknologi Pekerja, selama 12 tahun. Beliau   bertanggungjawab membangunkan institut tersebut daripada sebuah institut yang hampir lumpuh kepada sebuah institusi yang semakin berjaya, dinamik, berorientasikan pasaran serta mempunyai taraf kewangan yang stabil.

Kembali ke atas


Haji Aminar Rashid Salleh

Berlatarbelakangkan pendidikan Kejuruteraan Sivil dan Pentadbiran Perniagaan, pengalaman Tuan Haji Aminar  dalam perhubungan korporat tidak dapat dinafikan lagi. Beliau turut mempunyai keahlian professional dalam Lembaga Kejuruteraan Malaysia ( BEM ), Institut Kejuruteraan Malaysia ( IEM) Institut Pengurusan Malaysia ( MIM) dan Persatuan Latihan dan Pembangunan Malaysia ( MSTD). 

Pada masa ini, Tuan Haji Aminar merupakan Pengurus Awam (HR) di UMW Toyota Sdn Bhd. Beliau juga meminati bidang Pengurusan Pertukaran, Pengurusan dan Pembangunan Manusia serta Projek Pengurusan dan Pengurusan Harta. 

Kembali ke atas


Datuk Othman Abdul 

Datuk Othman Bin Abdul merupakan seorang penggiat aktif dalam industri Pembangunan dan Pembinaan. Beliau telah banyak menjawat jawatan penting  contohnya sebagai  Pengerusi di Yayasan Pelajaran MARA dan juga Setiausaha Parlimen selama 8 tahun di Jabatan Perdana Menteri

Beliau mempunyai ijazah dalam bidang sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah berkhidmat sebagai Pengarah di beberapa syarikat swasta seperti Kurnia Damai Sdn Bhd, Kurnia Leisure Sdn Bhd, bekas Pengarah MBF Card Services Sdn Bhd dan beberapa syarikat swasta yang lain.

Kembali ke atas


Larry Law - CEO 

Larry Law telah bergiat dalam Industri Pembangunan dan Pembinaan selama 20 tahun. Dalam  tempoh tersebut beliau telah terlibat dalam pelbagai projek, perlaksanaan dan promosi peralatan bagi sistem pembaziran air, perparitan, pembakaran dan juga industri elektrikal. Kelebihan beliau adalah dalam aspek pengurusan dan kemahiran organisasinya.

Kembali ke atas


Nabil Kannan - CIO 

Beliau mempunyai 17 tahun pengalaman dalam pengaturcaraan dan rekacipta komputer. Sewaktu  menuntut di Universiti Nasional Singapura, beliau telah mula bergiat dalam  penulisan perisian komputer secara komersial.  Beliau turut menyumbang untuk  bidang pengaturcaraan, rekacipta pangkalan data, sistem dan rekacipta antaramuka di Sarawak Shell Bhd, MCIS, Majlis Peguam Malaysia dan Kementerian Kesihatan. Beliau juga merupakan perekacipta komunikasi bagi syarikat terutamanya dalam Projek Swasta Kerajaan.  Pernah berkhidmat dalam syarikat dan agensi lain- lain seperti Renong, Faber, MMC, AMDB dan Malaysia South South Corporation.

Kembali ke atas


Manimohan M - CTO 

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang Industri IT selama 13 tahun. Jolokan professional-kendiri atau "pencinta tekno" yang dimilikinya menyebabkan beliau mempunyai pengetahuan terkini dalam teknologi pengkomputeran.  Selain daripada kemahiran teknikal yang dimilikinya, beliau berpengalaman selama 22 tahun di pelbagai bidang industri yang menghadapi masalah praktikal.Kembali ke atas


Yee Chee Ho

Berumur 30 tahun, Yee Chee Ho telah menyertai TDSB pada September 2000. Beliau juga merupakan ahli kepada Pertubuhan Akauntan (ACCA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, di mana pada mulanya beliau berkhidmat di sebuah firma akauntan luar negara sebelum menyertai kelompok nasional kewangan.

Kembali ke atas

 

 
Syarat Penggunaan | FAQ | Isi Kandungan | Hubungi Kami | Bantuan

Copyright � 2000/2001 TenderDirect Sdn. Bhd./TenderWorks Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Address: 12A13, Level 12A, Plaza Permata, 50400 Kuala Lumpur. Tel:03-4042 8866 Fax:03-4042 1611